Tuesday, July 21, 2009

PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMUNIKASI

Dlm kls cct1023 kami telah mempelajari bab1 iaitu pengenalan kepada sistem komunikasi.Menurut John B.Hoben,1954 komunikasi adalah satu proses penukaran verbal antara idea dan pemikiran.Terdapat beberapa elemen dalam sistem komunikasi antaranya ialah sumber,penerima,saluran,maklum balas dan gangguan.Model komunikasi pula terbahagi kepada 3 antaranya ialah model Lasswell,Model Shanon dan Weaver dan model Berlo.

Menurut Rosen teknologi adalah keseluruhan perkakasan yang bersifat teknologikal secara semulajadi termasuklah komputer dan juga lain-lain perkakasan yg beroperasi menggunakan cip komputer.Terdapat empat kategori teknologi pengguna iaitu teknologi pengguna yg popular,teknologi pengguna yg bernilai,teknologi pengguna bg tujuan hiburan dan teknologi pengguna bg tujuan hiburan.

Teknologi komunikasi pula ialah alat perkakasan,struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yg dialami oleh individu semasa mengumpul,memproses dan bertukar-tukar informasi dgn individu yg lain.Antara ciri-ciri komunikasi ialah sesuatu mesej mampu dicapai oleh pelbagai lapisan masyarakat,khalayak serta pengguna media secara lebih terbuka,global tanpa sekatan dan tanpa mengambil kira jarak lokasi.kerjaya dalam bidang komunikasi teknologi ialah teknikal,pengurusan,kreatif dan produksi.

Sunday, July 12, 2009

KENALI RAKAN ANDA

Nama saya Vikneswary Muniappen.Pada 8 july 2009,sebagai hari pengenalan kelas CCT1023 pensyarah kami telah mengadakan satu aktiviti yang bertajukkan kenali rakan anda. Aktiviti ini diadakan supaya semua pelajar dlm kelas tersebut dapat mengenali antara satu sama lain.kami telah di bahagikan kepada lima kump.Di dlm kump tersebut kami harus mengenali rakan kami dari segi nama,hobi,tempat yg disukai,warna dan cita-cita.kami di berikan 10 minit untuk mengenali rakan kami dalam kump tersebut.

Seorang pelajar dlm setiap kump diminta tampil ke hadapan utk memperkenalkan rakan dalam kump tersebut.kumpulan saya merupakan kump pertama,rakan saya yang bernama ronat telah dipanggil utk memperkenalkan rakan dlm kump tersebut.Beliau diminta memperkenalkan nama dan warna kegemaran setiap pelajar dalam kumpulan tersebut.Kumpulan saya terdiri daripada 13 org pelajar termasuk saya. Warna kegemaran rakan sy yang bernama Anie,Hana dan Umu adalah pink manakala warna kegemaran Mizan dan Fazizi adalah hijau.Siviya pula mengukai warna putih.Fatiha dan Foo chuan mengukai warna hitam.Ronat pula warna kegemarannya adalah merah dan Hani mengukai warna purple.Kavita,izat dan saya mengukai warna biru.

Saya berpendapat aktiviti seperti ini harus diadakan supaya kita dapat mengenali rakan sekelas kita........